Site icon TechNave BM

Maybank tangguhkan perkhidmatan perbankan buat sementara pada 6 Julai

Maybank telah memaklumkan kepada para pelanggan bahawa mereka akan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan terhadap perkhidmatan perbankan mereka pada 6 Julai (esok) bermula jam 11:30 malam hingga 11:59 malam. Sepanjang tempoh tersebut, pelanggan dijangka tidak boleh mengakses kebanyakan perkhidmatan perbankan dalam talian.

Penyelenggaraan ini dilakukan bagi memudahkan para pelanggan untuk membeli-belah dalam kempen jualan dalam talian 7.7 yang akan bermula pada 7 Julai jam 12:00 tengah malam.

Perkhidmatan yang terlibat dalam penyelenggaraan ini adalah:

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Maybank

Exit mobile version