Site icon TechNave BM

Maybank tawarkan pulangan 5% p.a. sempena ulang tahun MAE kelima

Maybank hari ini menyambut ulang tahun kelima untuk aplikasi perbankan MAE. Bagi menyambut pencapaian ini, Maybank melancarkan kempen MAE Turns 5 di mana para pelanggan boleh dapatkan pulangan 5% per annum (p.a.) ke atas wang yang disimpan dalam MAE Wallet.

Bermula 30 Oktober hingga 30 November 2025, pengguna boleh memindahkan sekurang-kurangnya RM200 ke dalam perkhidmatan MAE Wallet dalam aplikasi MAE. Untuk mendapatkan manfaat ini, pengguna perlu masukkan kod “MAETurns5” sewaktu memindahkan wang.

Pengguna yang layak akan menerima pulangan 5% p.a. dan dikira mengikut harian, bermula 30 Oktober hingga 31 Januari 2026, selagi jumlah wang yang disimpan dalam MAE Wallet boleh dikekalkan sepanjang tempoh tersebut.

Jumlah maksimum yang boleh dimasukkan adalah RM10,000 untuk pengguna yang mempunyai kad MAE Visa Debit Card atau RM4,999.99 untuk pengguna yang tidak memilikinya.

Promosi ini dibuat berdasarkan konsep siapa cepat, dia dapat, dengan had deposit keseluruhan sebanyak RM283 juta. Sebagai contoh, pelanggan yang memasukkan RM10,000 pada hari pertama dan boleh mengekalkannya sehingga 31 Januari 2026, akan menerima pulangan sebanyak RM128 berdasarkan kadar 5% p.a.

Maybank juga mengumumkan bahawa mereka telah menguruskan transaksi bernilai lebih RM4 trilion sejak pelancaran aplikasi MAE pada 2020. Pada masa ini, sembilan daripada sepuluh pengguna MAE Wallet menggunakannya setiap hari untuk transaksi harian kerana penggunaan yang mudah serta keselamatan yang kukuh.

Layari laman web Maybank untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version