Site icon TechNave BM

Maybank: Tiada lagi SMS TAC di telefon, hanya Secure2u untuk sahkan transaksi RM5,000 ke atas

Sebelum ini, Maybank telah mengumumkan bahawa tiada lagi SMS untuk memaklumkan transaksi memandangkan notifikasi kini akan dimaklumkan melalui aplikasi sahaja. Terkini, Maybank kembali memaklumkan bahawa tiada lagi SMS TAC bakal dihantar ke telefon anda untuk sebarang transaksi Maybank2u melebihi RM5,000.

Bermula 16 Februari, penamatan khidmat SMS TAC untuk transaksi RM5,000 ke atas ini diganti dengan cara Secure2u. Sebelum ini, transaksi Maybank2u boleh disahkan melalui SMS TAC dan memasukkan nombor TAC. Anda kini hanya perlu mengesahkan transaksi melalui Secure2u di aplikasi sahaja. Untuk mengaktifkan dan menggunakan Secure2u, anda boleh rujuk video di bawah atau ke pautan ini.

Laman rasmi Facebook Maybank

Menurut maybank, Secure2u adalah cara yang paling selamat untuk mengesahkan transaksi. Kami mendapati terdapat pelanggan yang bertanya, adakah seseorang dapat memindahkan wang dengan mudah jika dia mendapat atau mencuri kata laluan pengguna? Maybank menasihatkan agar anda meningkatkan tahap keselamatan peranti seperti menggunakan sensor cap jari, PIN atau lain-lain ciri keselamatan, elak tinggalkan peranti semasa sedang melakukan transaksi dan log keluar akaun setelah melakukan transaksi.

Sudahkah anda mengaktifkan Secure2u? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Maybank

Exit mobile version