Site icon TechNave BM

MaybankPay bakal ditamatkan bermula 20 Julai 2020

Pada tahun 2016 yang lepas, Maybank memperkenalkan perkhidmatan pembayaran melalui telefon pintar yang diberi nama MaybankPay. Perkhidmatan ini menggunakan sokongan NFC untuk tujuan pembayaran. Pengguna hanya perlu memautkan kad kredit atau debit dan tapkan peranti pada terminal Visa PayWave untuk melakukan pembayaran.

Perkhidmatan ini adalah antara yang terawal di Malaysia dalam mempopularkan transaksi nirtunai dan pengunaan perkhidmatan dompet digital.

Namun, MaybankPay kurang mendapat sambutan dari orang ramai dan terdapat banyak alternatif lain yang lebih popular berbanding perkhidmatan ini. Disebabkan itu, Maybank mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan MaybankPay akan ditamatkan bermula 20 Julai 2020 ini.

Maybank juga mengatakan pengguna boleh menggunakan perkhidmatan alternatif seperti Maybank2U atau MaybankQR untuk melakukan permbayaran. Dalam pengumuman dari pihak Maybank, mereka juga turut mengacah sesuatu yang baru akan hadir tidak lama lagi.

Terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version