Site icon TechNave BM

MC digital bakal diperkenal, bantu majikan sahkan ketulenan sijil cuti sakit pekerja

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan siasatan sedang dijalankan berhubung sindiket MC palsu yang dipercayai beroperasi sejak sedekad lalu. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata siasatan akan dilakukan secara menyeluruh termasuk melihat kemungkinan wujud penglibatan pihak dalaman dalam memudahkan aktiviti tersebut.

Menurut beliau, sindiket berkenaan dipercayai menggunakan nama doktor berdaftar dan klinik swasta tanpa kebenaran bagi menghasilkan sijil cuti sakit palsu. Dalam masa sama, KKM turut meneliti pelaksanaan MC digital (e-MC) sebagai salah satu langkah jangka panjang untuk mengurangkan risiko pemalsuan dokumen dan meningkatkan proses pengesahan.

Isu ini mencetuskan kebimbangan kerana penyalahgunaan MC bukan sahaja memberi kesan kepada majikan, malah boleh menjejaskan integriti sistem kesihatan negara. Buat masa ini, siasatan masih berjalan dan tindakan lanjut dijangka diumumkan selepas proses pengesahan selesai.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Star

Exit mobile version