Site icon TechNave BM

MCMC akan bina satu kerangka untuk mudahkan pengawasan media sosial dalam Malaysia

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan menyediakan satu kerangka baharu yang membolehkan semua penyedia platform media sosial dalam Malaysia untuk berdaftar dengan MCMC bagi memudahkan pengawalseliaannya.

Beliau berkata MCMC memerlukan masa sekitar sebulan lagi untuk memperkenalkan kerangka tersebut kerana agensi itu masih perlu melakukan beberapa perkara seperti mengumpulkan pengalaman negara luar dan perbincangan dengan platform meda sosial sebelum ini.

Buat masa ini, kerajaan tidak merancang untuk menyekat mana-mana platform media sosial seperti TikTok, namun beliau menegaskan bahawa kerajaan boleh mengambil tindakan tegas jika mana-mana pihak atau platform media sosial membenarkan penyebaran bersifat ekstremis.

Beliau memberi contoh seperti kerajaan Indonesia yang akan mengawal selia TikTok tanpa menutup platform tersebut, manakala TikTok Shop hanya ditutup kerana mereka tidak mahu lihat produk-produk dari luar negara dilambakkan ke negara tersebut.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version