Site icon TechNave BM

MCMC kaji semula kerangka kawal selia, ketatkan undang-undang untuk jaga keharmonian negara

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengkaji semula kerangka kawal selia sedia ada ekoran berlakunya peningkatan tahap kandungan yang dieksploitasi oleh penjenayah dan mereka yang cuba menganggu-gugat keselamatan awam dan keharmonian negara.

Terdapat beberapa aplikasi Over-The-Top (OTT) dan platform media sosial yang dilihat gagal mengawal selia penggunaan platform mereka sejajar dengan kepentingan nasional dan perundangan negara. Justeru, tindakan kawal selia yang lebih ketat dan campur tangan oleh pihak pengawal selia adalah diperlukan bagi melindungi kepentingan pengguna dan orang awam.

Selepas meneliti bilangan kes penyalahgunaan dan ancaman yang ditimbulkan akibat sikap lepas tangan oleh penyedia platform, pihak MCMC berpendapat untuk mewujudkan keperluan untuk menguatkuasakan kewajipan terhadap mereka yang mengendalikan platform sedemikian.

Pihak yang yang mendapat manfaat daripada digitalisasi untuk mengambil langkah-langkah tegas bagi memastikan platform atau rangkaian kendalian mereka tidak digunakan sebagai forum untuk melanggar undang-undang negara ataupun mengancam kepentingan awam.

MCMC akan membuat kajian semula ke atas pengecualian terhadap sesetengah aktiviti selain mengenakan sekatan jenayah dan arahan punitif terhadap entiti yang enggan mengambil langkah-langkah segera bagi memastikan aktiviti-aktiviti jenayah yang berlaku dalam rangkaian atau platform mereka dihentikan.

Langkah berkenaan juga akan dapat memperkasakan perlindungan kepada pengguna terhadap kemudaratan dalam talian termasuk scam dan aktiviti penipuan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MCMC

Exit mobile version