Site icon TechNave BM

MCMC memberi amaran tentang salah guna labelnya pada kotak TV Android

Selain Astro dan unifi TV, perkembangan teknologi telah membawa pelbagai aplikasi untuk kemudahan melihat rancangan TV dan filem. Namun, di sebalik kemudahan ini, sumber melaporkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang menyalahgunakan label Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

MCMC telah mengeluarkan kenyataan untuk menegaskan bahawa kotak TV Android yang diperaku SIRIM dan mempunyai label MCMC hanya untuk kelulusan pematuhan standard model WiFi dan Bluetooth yang dikuatkuasakan MCMC.

Perlu anda ketahui bahawa label MCMC yang ada pada kotak TV Anroid tidak melibatkan kelulusan untuk penstriman atau memuat turut filem, drama atau apa sahaja kandungan yang dilindungi hakciptanya.

Melalui hal ini, MCMC tidak akan berkompromi sekiranya ada pihak tidak bertanggungjawab yang menyalahgunakan label MCMC. Orang ramai turut diseru untuk memuat turun aplikasi Check Your Label atau mengunjungi laman web ini untuk maklumat lanjut mengenai label.

Adakah anda salah seorang pengguna kotak Android TV? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Facebook SKMM

Exit mobile version