Site icon TechNave BM

MediaTek akan lancarkan cipset baru pada 20 Januari, mungkin MT689x 6nm

Apple, Samsung dan Qualcomm sudah pun melancarkan cipset 5nm terbaru mereka dan kini giliran MediaTek pula untuk melancarkan cipset terbaru. Dalam sebuah kiriman di Weibo, MediaTek mengatakan mereka akan melancarkan cipset baru pada 20 Januari jam 2:30 petang.

MediaTek mengatakan mereka akan melancarkan cipset baru dalam siri Dimensity namun tidak memberikan sebarang nama spesifik. Menurut pengkhabar berita Digital Chat Station, cipset yang dimaksudkan mungkin adalah MT689x dengan buatan 6nm dan bukannya 5nm. Ia dijangka akan menjana prestasi mirip Snapdragon 865+ atau Exynos 1080.

MediaTek mungkin akan masih melancarkan cipset 5nm pada tahun ini selepas cipset 6nm ini dilancarkan. Syarikat tersebut sudah pun menjadi pengilang cipset telefon pintar yang paling banyak dijual pada suku ketiga 2020, jadi mereka pasti akan mengukuhkan lagi posisi mereka pada tahun ini.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version