Site icon TechNave BM

MediaTek bakal lancarkan cipset Dimensity 9200 pada 8 November ini

MediaTek bersedia untuk memperkenalkan cipset telefon pintar yang paling berkuasa iaitu MediaTek Dimensity 9200 semasa acara akan datang pada 8 November 2022. Pengganti Dimensity 9000, Dimensity 9200 ialah cipset andalan generasi seterusnya MediaTek.

Sumber yang dipercayai telah berkongsi jemputannya ke acara itu di Twitter dan acara itu akan diadakan pada tarikh yang disebutkan di atas pada jam 2.30 petang. MediaTek juga telah mengesahkan acara pelancaran di halaman Weibo rasminya bersama video 6 saat yang mengacah cipset baharunya.

Walaupun tiada kenyataan rasmi mengenai cipset baharu itu, ramai pemberi maklumat mendakwa bahawa Dimensity 9200 akan berkongsi seni bina yang sama dengan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2. Menurut sumber di Weibo, cipset itu menunjukkan skor penanda aras yang mengagumkan pada AnTuTu.

Penanda aras juga menunjukkan bahawa cipset itu akan menampilkan satu teras utama Cortex-X3, tiga teras pertengahan Cortex-A715 dan empat teras Cortex-A510 bersama GPU Mali Immortalis G-715 MC11 baharu. Apakah pendapat anda tentang cipset bagi telefon segmen andalan generasi akan datang oleh MediaTek ini?

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Notebookcheck

Exit mobile version