Site icon TechNave BM

MediaTek berjaya jual lebih banyak cipset telefon pintar berbanding Qualcomm

Buat pertama kali, syarikat semikonduktor dari Taiwan, MediaTek, berjaya menjual lebih banyak cipset telefon pintar berbanding pesaingnya dari Amerika Syarikat, Qualcomm. Firma perniagaan Counterpoint Research melaporkan MediaTek telah menjual 31% daripada jualan cipset telefon di seluruh dunia pada suku ketiga (Q3) 2020, lebih tinggi berbanding Qualcomm yang menjual sebanyak 29%.

Counterpoint mengatakan jualan yang lebih tinggi ini boleh disumbangkan kepada kewujudan cipset MediaTek yang lebih banyak dalam telefon kelas permulaan dan pertengahan dalam jurang harga US$100-250 (~RM405-RM1,012). Di samping itu, pasaran besar seperti India dan China juga lebih banyak membeli telefon dengan cipset MediaTek.

Walau bagaimanapun, Qualcomm masih menjuarai jumlah jualan cipset andalan 5G, di mana ia terdapat dalam 39% daripada telefon 5G di seluruh dunia. Memandangkan permintaan untuk telefon 5G semakin meningkat, Qualcomm dilihat mampu menjual lebih banyak cipset berbanding MediaTek untuk suku keempat (Q4) 2020.

Malah, Counterpoint meramalkan satu pertiga daripada jualan telefon pintar pada suku keempat 2020 akan menyokong rangkaian 5G.

Adakah anda telah membeli telefon dengan cipset MediaTek pada tahun ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Counterpoint Research

Exit mobile version