Site icon TechNave BM

MediaTek Dimensity 1000+ diumumkan dengan kadar segar semula hingga 144Hz, bakal menghuni iQOO

Terdahulu, MediaTek telah melancarkan cipset gaming kelas pertengahan yang merupakan ahli terbaru siri Helio G mereka, MediaTek Helio G85. MediaTek kini mengumumkan pula MediaTek Dimensity 1000+, sebuah cipset flagship dengan sokongan 5G.

Melalui sebuah siaran dalam talian, cipset ini diumumkan lengkap bersama pengoptimuman untuk sokongan kadar segar semula yang lebih tinggi sehingga 144Hz. Menarik untuk kita perhatikan adalah teknologi Ultrasave yang dilaporkan membantu menjimatkan penggunaan bateri. Bagaimana? Teknologi ini menukar rangkaian secara automatik dan mengubah suai mod operasi modem.

Pengguna teknologi sudah mula membuka mata tentang kepentingan kadar segar semula sama ada untuk kegunaan harian atau kegunaan yang lebih optimum. Memandangkan penggunaan telefon pintar kini digunakan secara optimum, kadar segar semula turut menjadi penanda aras bagi sesebuah telefon pintar. MediaTek kini menyokong panel persegaran sehingga 144Hz. Telefon pintar terkenal dengan pemilikin kadar segar semula 144Hz adalah iQOO Neo 3, tetapi dengan cipset Snapdragon 865.

Lain-lain naik taraf termasuklah dari aspek sambungan rangkaian, teknologi latensi rendah, pengalaman gaming yang lebih lancar. MediaTek turut mengumumkan bahawa peranti yang akan dihuni cipset ini dalam masa terdekat adalah peranti daripada iQOO.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version