Pada 6 November 2023, jam 7:00 malam waktu China dan Malaysia, MediaTek akan melancarkan cipset Dimensity 9300 yang diperkenalkan sebagai cipset unggulan untuk telefon pintar pada tahun 2024. Berbeza dengan pesaing-pesaingnya, cipset ini menggunakan empat teras ARM Cortex-X4, mencabar penggunaan satu teras Cortex-X.
Pengumuman ini dibuat tidak lama selepas Qualcomm memperkenalkan cipset unggulannya sendiri untuk telefon pintar pada tahun 2024 iaitu Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3. Cipset itu menggunakan satu teras Cortex-X yang menjanjikan peningkatan prestasi 30% berbanding generasi sebelumnya.
Konfigurasi ini terdiri daripada teras “utama” yang berjalan pada 3.25GHz dan sekumpulan tiga teras pada 2.85GHz dengan tambahan empat teras Cortex-A720 maksima pada 3GHz. Dimensity 9300 memfokuskan pada prestasi tinggi dan tidak termasuk Cortex-A520s.
Daripada segi GPU, ia menampilkan cipset ARM Immortalis G720, satu kemajuan ketara untuk Mali dalam meningkatkan teknologi pengesanan sinar dalam telefon pintar mudah alih. Walaupun Dimensity 9300 nampaknya mengatasi prestasi pesaing dengan empat teras Cortex-X4, cabarannya terletak pada mengurus isu terma yang berpotensi menyebabkan sedikit masalah.
Hasil data AnTuTu menunjukkan Dimensity 9300 melebihi 2,000,000 mata dengan skor CPU 65% lebih tinggi dan skor GPU 55% lebih baik daripada Snapdragon 8 Gen 2. Walaupun begitu, masih belum pasti sama ada MediaTek Dimensity 9300 akan mempengaruhi pengguna.
Oleh itu, nantikan pengumumannya pada 6 November 2023 untuk tahu lebih lanjut. Beri pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Gizchina / Weibo

