Site icon TechNave BM

MediaTek jadi pembekal cipset telefon pintar terbesar pada 2020, kalahkan Qualcomm

Terkini, sebuah laporan terbaru dari sumber melaporkan bahawa MediaTek adalah pembekal cipset telefon pintar yang terbesar untuk tahun 2020. Pencapaian oleh MediaTek ini mempunyai pelbagai faktor dari industri telefon pintar termasuklah penggunaan cipset MediaTek di pasaran global yang lebih meluas.

Menurut laporan, MediaTek mengeluarkan 351.6 juta unit kepada pengeluar telefon pintar (OEM) berbanding hanya 238 juta pada tahun 2019. Terdapat kenaikan 27.2% pada pasaran saham untuk tahun 2020 dan ini adalah kali pertama Qualcomm didahului oleh MediaTek.

Tambah laporan, jenama yang paling banyak menggunakan MediaTek pada tahun 2020 adalah Xiaomi dengan pengeluaran 63.7 juta telefon pintar janaan cipset MediaTek. OPPO ialah jenama kedua terbanyak menggunakan cipset ini dengan jumlah 55.3 juta, disusuli dengan gabungan realme dan OPPO berjumlah 83.2 juta. Manakala Samsung juga memiliki jumlah pengeluaran telefon pintar dengan janaan MediaTek yang meningkat iaitu 43.3 juta pada tahun 2020.

Tahun ini, MediaTek menjangkakan prestasi yang sama untuk terus berkembang dalam pengeluaran cipset telefon pintar. Apakah pandangan anda mengenai berita ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: DigiTimes

Exit mobile version