Site icon TechNave BM

MediaTek kini menjadi pembekal komponen produk Apple

Terkini, sumber mendedahkan bahawa MediaTek telah menjadi pembekal komponen salah satu produk Apple iaitu fon kepala. Apple dilapor memilih syarikat MediaTek sebagai pembekal beberapa komponen untuk fon kepala memandangkan mereka kini sudah memiliki fon kepala jenama sendiri selain daripada Beats.

Untuk pengetahuan anda, kami masih ketiadaan maklumat lanjut mengenai komponen tersebut memandangkan sumber hanya menyifatkannya sebagai komponen fon kepala. MediaTek sebenanrnya lebih dikenali dengan pengeluaran cipsetnya dalam industri telefon pintar. Ini adalah langkah pertama MediaTek memasuki arena produk Apple.

Menurut sumber, pengeluaran fon kepala dengan bahan komponen MediaTek bakal hadir di pasaran mungkin pada Februari atau Mac ini. Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version