Site icon TechNave BM

MediaTek lancarkan cipset Helio G95, realme 7 mungkin telefon pertama dengan cipset tersebut

Syarikat semikonduktor Taiwan, MediaTek, telah melancarkan cipset gaming terbaru untuk telefon kelas pertengahan iaitu Helio G95. Cipset baru ini adalah G90T yang telah overclocked untuk memberi prestasi GPU Mali G76 MC4 yang lebih baik sebanyak 5%. Selain daripada itu, ia mempunyai spesifikasi yang serupa dengan G90T dan hanya menyokong rangkaian 4G.

Cipset Helio G95 dilengkapi dua teras Cortex-A76 2.05GHz dan enam teras Cortex-A55 2.0GHz. Daripada segi memori, ia menyokong sehingga 10GB untuk RAM LPDDR4x manakala storan dalaman hanya sekadar UFS 2.1 sahaja. Untuk skrin, ia menyokong resolusi Full HD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Ia turut menyokong kamera 64MP dan rakaman 4K 30FPS.

realme 7 yang dilancar pada hari esok (3 September) dijangka bakal menjadi telefon pertama yang dilengkapi cipset Helio G95. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MediaTek

Exit mobile version