Site icon TechNave BM

MediaTek lancarkan Dimensity 700, cipset 5G untuk telefon kelas pertengahan

Syarikat semikonduktor Taiwan, MediaTek, telah melancarkan Dimensity 700 iaitu cipset 5G yang disasarkan untuk telefon kelas pertengahan. MediaTek mengatakan cipset tersebut dibuat dengan proses 7nm dan mempunyai lapan teras dengan susunan CPU 2+6.

Lapan teras tersebut terdiri daripada dua teras Cortex-A76 2.2GHz dan enam teras Cortex-A55 2.0GHz. Unit pemproses grafiknya pula adalah Mali-G57 MC2 950MHz.

MediaTek mengatakan cipset ini boleh menyumbang kepada pengurangan penggunaan tenaga sebanyak 28% berbanding cipset 8nm, menyokong skrin dengan kadar segar semula 90Hz, kamera 64MP dan sistem pembantu suara daripada Google, Amazon, Baidu, Tencent serta Alibaba.

Beritahu kami di Facebook jika anda ingin memiliki telefon dengan cipset Dimensity 700 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MediaTek

Exit mobile version