Baru-baru ini, MediaTek telah mengumumkan cipset terbaru untuk kategori telefon pintar andalan iaitu MediaTek Dimensity 9000. Ia merupakan cipset telefon pertama yang dibina dengan nod proses 4nm, membuatkannya lebih pantas berbanding cipset 5nm.
Kini naib presiden pemasaran korporat MediaTek, Finbarr Moynihan, mengatakan Dimensity 9000 mampu mengatasi prestasi yang dijana oleh cipset Apple A15 Bionic dan dilengkapi dalam siri iPhone 13. Dimensity 9000 juga berjaya meraih markah lebih sejuta mata dalam perkhidmatan penanda aras AnTuTu, mebuatkannya cipset pertama yang mencapai markah tersebut.
Dimensity 9000 bakal dilengkapi teras utama ARM Cortex X2 3.05GHz, tiga teras Cortex-A710 2.85GHz, empat teras Cortex A510 1.8GHz dan GPU ARM Mali-G710. Ia turut mempunyai cache 14MB yang menawarkan peningkatan prestasi sebanyak 7% berbanding cache 8MB.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki telefon dengan Dimensity 9000 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Digital Trends

