Site icon TechNave BM

MediaTek mohon lesen dari Amerika untuk bekalkan cipset kepada HUAWEI

Baru-baru ini, MediaTek mengumumkan ia telah memohon lesen untuk membekalkan cipset kepada HUAWEI. Memandangkan TSMC telah disekat untuk membekalkan cipset kepada HUAWEI bermula 15 September ini, MediaTek sepertinya mengambil langkah yang baik.

Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai spekulasi mengenai Cipset Kirin 9000 yang dikatakan adalah cipset terakhir dari HUAWEI kerana kontrak pembuatan cipset bersama syarikat TSMC telah dihalang akibat ketegangan antara HUAWEI dan Amerika Syarikat. Cipset ini mungkin akan menjana HUAWEI Mate40.

Sebenarnya, MediaTek adalah pilihan yang baik sebagai pembekal cipset untuk HUAWEI memandangkan prestasi cipsetnya kini sudah mula meningkat. Anda boleh membaca berita lepas mengenai cipset Dimensity 1000+.

Setakat ini, permohonan lesen ini masih belum diketahui kelulusannya. Apa pun, nantikan beritanya dari Rakan Teknologi Utama Malaysia. Adakah anda rasa MediaTek adalah pembekal cipset terbaik untuk HUAWEI? Beritahu kami di laman Facebook sekarang!

Sumber: unwire.hk

Exit mobile version