Site icon TechNave BM

MediaTek sahkan HONOR Tab V7 Pro tidak dilengkapi Dimensity 1300T

Semalam, terdapat laporan mengatakan HONOR bakal melancarkan sebuah tablet premium bernama HONOR Tab V7 Pro yang akan dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 1300T. Walau bagaimanapun, MediaTek kini telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan isu tersebut.

Menurut MediaTek, gambar dan video HONOR Tab V7 Pro yang telah tertiris semalam adalah gambar palsu manakala butiran siaran media tentang cipset Dimensity 1300T juga adalah palsu. Oleh yang demikian, cipset tablet tersebut masih lagi menjadi tanda tanya di kalangan penggiat industri teknologi.

Buat masa ini, pelancaran yang bakal dilangsungkan oleh HONOR dalam masa terdekat adalah untuk siri telefon pintar HONOR Magic 3 yang akan dilancar pada 12 Ogos, di mana ia bakal menjadi antara telefon terawal dengan cipset Snapdragon 888 Plus.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MyDrivers

Exit mobile version