Site icon TechNave BM

MediaTek umumkan Dimensity 820, cipset 5G berpatutan akan huni Redmi 10X 5G

Terkini, MediaTek baru sahaja mengumumkan cipset pemproses terbarunya, Dimensity 820. Cipset ini tergolong dalam barisan siri Dimensity 800 dengan jolokan cipset 5G berpatutan. Semestinya, anda boleh menjangkakan cipset ini menghuni peranti 5G yang akan dilancarkan seterusnya.

Setakat ini, hanya peranti bertahap flagship sahaja yang menyokong rangkaian 5G. 5G kelihatan sinonim dengan label harga yang agak tinggi. MediaTek mengambil peluang ini dengan melancarkan cipset Dimensity 820 yang bakal dihuni oleh telefon pintar yang lebih berpatutan.

Sebenarnya, kami pernah memaklumkan mengenai sebuah peranti 5G Redmi yang muncul di TENAA. Namun, ianya dihuni Dimensity 800. Melalui pengumuman cipset ini, pihak Redmi kemudiannya mengumumkan bahawa Redmi 10X 5G merupakan peranti yang akan dihuni Dimensity 820.

Dimensity 820 dilaporkan merupakan cipset pemprosesan 7nm lengkap dengan empat teras A76 berkelajuan 2.6GHz dan empat teras kecil A55. Markah satu teras dikatakan 7% lebih tinggi daripada Snapdragon 765G. Grafiknya pula dioperasikan oleh GPU Mali-G57 yang mampu merakam video 4K HDR.

Apakah jangkaan anda terhadap Redmi 10X 5G atau MediaTek 820? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version