Site icon TechNave BM

MediaTek umumkan modem M80 5G yang menyokong gelombang mmWave

MediaTek hari ini telah melancarkan modem M80 5G yang menggabungkan sokongan gelombang 5G mmWave serta sub-6GHz ke dalam satu cip. MediaTek mengatakan ia mampu menjana kelajuan muat turun sehingga 7.67Gbps dan muat naik sehingga 3.76Gbps.

Modem M80 juga menyokong penggunaan dwi-kad SIM 5G, dwi-rangkaian 5G NSA (non-standalone) dan SA (standalone) serta teknologi dual Voice over New Radio (VoNR) untuk hubungan yang lebih kukuh. Modem ini adalah sekuel kepada M70 yang merupakan modem 5G pertama oleh MediaTek dan telah dilengkapkan dalam cipset MediaTek Dimensity sebelum ini.

MediaTek mengatakan modem ini akan mula digunakan oleh pelanggan pada lewat tahun ini. Modem M80 boleh dilengkapkan dalam pelbagai peranti termasuk telefon pintar, komputer, peralatan jalur lebar, peralatan Internet Pelbagai Benda (IoT) dan banyak lagi.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MediaTek

Exit mobile version