Site icon TechNave BM

Meizu 17 akan dilancarkan pada 8 Mei, dilengkapi Snapdragon 865 dan skrin 90Hz

Meizu cuba untuk memasuki pasaran Malaysia beberapa tahun yang lalu namun ia gagal mendapatkan sambutan yang menggalakkan di sini. Namun syarikat telefon pintar itu berjaya dalam pasaran China dan bakal melancarkan flagship-nya, Meizu 17, tidak lama lagi.

Meizu 17 akan dilengkapi cipset Snapdragon 865, paparan 90Hz, storan UFS 3.1 dan bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas 30W melalui teknologi mCharge. Pengimbas cap jarinya pula mungkin berada di dalam skrin (in-display).

Daripada segi kamera pula, ia dilengkapi empat kamera di belakang dan sebuah kamera hadapan yang diletakkan dalam lubang punch-hole di bahagian atas kanan skrin. Kamera utamanya mempunyai sensor Sony IMX686 64MP.

Memandangkan ia akan dilancarkan di China dalam masa dua minggu lagi, tentunya akan terdapat lebih banyak berita tentang peranti Meizu ini dalam masa terdekat. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki telefon pintar ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave English

Exit mobile version