Site icon TechNave BM

Melaka bakal tawarkan aplikasi dikuasakan AI untuk pelancong

Kerajaan negeri Melaka merancang untuk membangunkan aplikasi Pelancongan Warisan Pintar bagi meningkatkan daya tarikan sektor pelancongan negeri. Aplikasi ini bakal menawarkan maklumat dan tawaran menarik kepada pelancong serta dilengkapi dengan inisiatif adaptasi kecerdasan buatan (AI).

Menurut Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, AI akan memperkayakan pengalaman pelancong melalui fungsi ChatBot dalam bentuk teks dan suara untuk memudahkan akses maklumat.

Selain itu, aplikasi ini akan menampilkan teknologi realiti maya (VR) dan realiti berperantara (AR) bagi menyediakan kemudahan interaktif di lokasi pelancongan. Aplikasi ini bukan sahaja mempermudah pelancong tetapi juga meningkatkan nilai tambah kepada pengalaman mereka di Melaka.

Beliau turut menyatakan bahawa aplikasi tersebut akan diintegrasikan dengan Melaka Super App yang sedang dalam pembangunan. Inisiatif ini dijangka akan menarik lebih ramai pelancong dan mempromosikan Melaka sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version