Site icon TechNave BM

Menangi Galaxy Z Fold2 atau telefon serendah RM1 dengan Maxis sempena Tahun Baru Cina!

Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang akan berlangsung pada bulan Februari, Maxis akan menganjurkan pelbagai promosi menarik buat para pelanggan, antaranya adalah pelanggan Hotlink Pascabayar yang baru boleh mendapatkan telefon vivo Y12s, realme C12 atau vivo Y20 dengan harga RM1 sahaja sepanjang bulan Februari.

Di samping itu, pelanggan juga boleh memenangi pelbagai hadiah. Pelanggan yang mendaftar untuk pelan internet Maxis Fiber 800Mbps berharga RM299 sebulan akan membawa pulang televisyen Samsung 4K berukuran 65 inci. Para pelanggan Maxis Business Postpaid pula boleh mendapatkan telefon pintar baru secara percuma apabila talian tambahan didaftarkan.

Pada 12 Februari, para pelanggan Maxis boleh mendapatkan e-baucar GrabFood dan Lazada bernilai RM10 melalui aplikasi Maxis, Hotlink dan Hotlink Postpaid. Selain itu, pelanggan HotlinkMU pula boleh mendapatkan data gigabait menarik pada 7-28 Februari.

Maxis juga akan menganjurkan kempen media sosial #MaxisHealthyToHuat di mana peserta boleh menyertai pertandingan video dengan merakam lima aksi tarian singa. 15 orang Peserta dengan aksi gerakan yang paling kreatif akan memenangi telefon lipat Samsung Galaxy Z Fold2 5G bernilai RM7,999.

Layari laman web Maxis untuk maklumat lanjut tentang promosi-promosi di atas. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menyertai mana-mana promosi Maxis ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version