Site icon TechNave BM

Menangi hadiah bernilai RM472,000 apabila anda beli produk Samsung bermula 14 September!

Samsung Malaysia hari ini melancarkan kempen Gemilang Confirm Amazing bermula 14 September hingga 18 Oktober di mana pelbagai produk Samsung akan dijual dengan promosi khas. Bukan itu sahaja, Samsung turut menganjurkan pertandingan buat para pelanggan di mana pemenang boleh membawa pulang mana-mana hadiah yang berjumlah RM472,000 secara keseluruhan.

Hadiah ini termasuklah 16 buah televisyen Samsung Smart TV 4K UHD 65 inci, 100 unit ketuhar mikro dan 800 unit pembersih vakum. Untuk menyertainya, pelanggan perlu membeli produk-produk Samsung terpilih sewaktu kempen tersebut, ambil gambar swafoto dan daftar maklumat diri dengan Samsung melalui Redemption Management System (RMS).

Pelbagai produk Samsung akan dijual dengan harga murah atau disertakan dengan hadiah percuma. Ini termasuklah siri telefon Galaxy Note20, Galaxy A, Galaxy Tab S7, Galaxy Watch dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi kempen ini.

Adakah anda akan membeli produk Samsung sempena kempen khas ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version