Site icon TechNave BM

Menangi realme X3 SuperZoom apabila anda lawat realme Experience Store di Sunway Pyramid pada hari ini!

Sempena pembukaan kedai realme Experience Store yang baru di kompleks beli-belah Sunway Pyramid, realme Malaysia menganjurkan pelbagai aktiviti menarik pada hari ini di mana peserta berpeluang membawa pulang telefon pintar realme X3 SuperZoom dan pelbagai hadiah lain. Aktiviti istimewa ini hanya akan dianjurkan pada hari ini (Ahad, 20 September) pada jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam.

Antara hadiah lain yang menarik adalah gelang tangan pintar realme Band, fon telinga wayarles realme Buds Air, bank tenaga realme Power Bank dan bagasi realme Luggage. Di samping itu, terdapat juga promosi 50% Pembelian Dengan Pembelian (PWP) serta diskaun 20% untuk produk-produk realme terpilih.

Aktivit yang dianjurkan termasuklah Fitness Challenge, Super Check In Lucky Draw dan CLAW Your realme. Beritahu kami di Facebook jika anda ingin melawat realme Experience Store Sunway Pyramid pada hari ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version