Site icon TechNave BM

Menangi Samsung 49” Odyssey Neo G9 dalam cabaran #DefyReality, bermula sekarang hingga 10 Disember ini

Samsung Malaysia Electronics mengadakan cabaran media sosial #DefyReality dan berpeluang memenangi monitor gaming Odyssey Neo G9 49” mulai 25 November hingga 10 Disember 2021. Semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan keatas layak untuk menyertai cabaran ini dengan menghantar hanya satu penyertaan sahaja.

Berikut merupakan cara untuk menyahut cabaran #DefyReality:

1. Rakam video diri anda sedang bersedia untuk meningkatkan tahap pertempuran ketika bermain game sama ada di rumah atau bersama rakan anda selama 30 saat.

2. Muat naik video pada halaman Facebook anda dengan kapsyen unik tentang ‘Bagaimana Odyssey Neo G9 boleh meningkatkan pengalaman permainan anda ke tahap seterusnya’.

3. Tag @samsungmalaysia dan gunakan tanda pagar #SamsungOdysseyMY dan @SamsungDefyReality dalam siaran anda. Pastikan anda menetapkan profil Facebook anda kepada umum.

4. Peserta akan dinilai berdasarkan kreativiti dan keaslian mereka.

Hanya satu pemenang akan dipilih dan diumumkan di halaman Facebook rasmi Samsung Malaysia. Untuk menyertai cabaran ini, anda boleh lawati laman web rasmi Samsung dan ikut terma dan syarat yang diberikan.

Sementara itu, komen di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version