Site icon TechNave BM

Menangi Samsung Galaxy Buds Live dengan menyertai peraduan “Pose, Snap and Win” bertempat di KLCC

Menangi Galaxy Buds Live dengan memuat turun gambar di Instagram melalui peraduan Pose, Snap & Win Samsung. Peraduan ini telahpun bermula pada 30 Oktober hingga 30 November 2021 di Galaxy Creative Expression Wall berhampiran Suria KLCC dan sertai Galaxy di KLCC . 

Gayakan diri anda bersama artis kegemaran anda sebagai latar belakang seperti @dolla.official (@bbyqngel @sabronzo @syasya.rzl @tabbybabyyy), @yayazahir, @daiyantrisha, @mariannetpy, @jinnyboy dan @shufaye dan kongsikan gambar bersama kapsyen kreatif di Instagram.

Langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk sertai peraduan Pose, Snap & Win Samsung:

  • Langkah 1: Lawati Samsung Galaxy Creative Expression Wall di KLCC Convex Tunnel. Ia terletak di antara Suria KLCC dan Pusat Konvensyen.
  • Langkah 2: Gayakan diri anda dengan latar belakang yang menampilkan artis kegemaran anda.
  • Langkah 3: Tangkap dan muat naik gambar dengan kapsyen kreatif anda di Instagram.
  • Langkah 4: Tag dan ikuti @SamsungMalaysia. Tanda pagar #withGalaxy dan #strikeapose pada gambar yang dimuat turun. Pastikan profil anda boleh dilihat umum.

Anda boleh lawati laman web rasmi Samsung untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version