Site icon TechNave BM

Menari TikTok bersama #WatchMyMagic Challenge untuk menang barangan HONOR!

Berita baik kepada anda yang suka menari, HONOR Malaysia memberi peluang untuk anda mempamerkan video TikTok terbaik dan paling kreatif! Bermula dari 7 – 12 Februari 2020, anda boleh menyertai #WatchMyMagic Challenge HONOR dan memenangi produk HONOR terkini bernilai lebih daripada RM1,800 serta berpeluang memenangi HONOR 9X, HONOR MagicWatch 2 atau HONOR Band 5.

Pertandingan sosial seperti ini menggalakkan para peserta menonjolkan kemahiran serta bakat menari dengan menggunakan filter HONOR MagicWatch 2. Para peserta hanya perlu klik pada poster di laman utama TikTok HONOR untuk memulakan rakaman.

Cara untuk menyertai :

  1. Klik pada pautan : https://vt.tiktok.com/Fw5v6Q/ 
  2. Ikuti akaun TikTok @honormalaysia
  3. Rekod video dengan menggunakan filter MagicWatch 2
  4. Kongsikan video dengan hashtag #WatchMyMagic dan @honormalaysia pada kapsyen
  5. Jangan lupa untuk menetapkan profil anda ke Public!

Tiga pemenang bertuah akan diumumkan pada 17 Februari 2020 berdasarkan kreativiti mereka dalam video. Serahkan seberapa banyak video yang anda ingin untuk menang barangan dari HONOR.

Untuk maklumat lanjut tentang pertandingan ini, lawati laman rasmi HONOR di TikTok (@honormalaysia) atau lihat halaman rasmi Facebook HONOR Malaysia.

Adakah anda akan menyahut cabaran dalam #WatchMyMagic Challenge HONOR untuk merebut hadiah lumayan? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Exit mobile version