Site icon TechNave BM

Menteri K-KOMM: 12 juta rakyat Malaysia akan dapat akses 5G pada hujung 2022

Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Tan Sri Annuar Musa berkata 12 juta rakyat Malaysia bakal menikmati perkhidmatan rangkaian 5G yang menawarkan internet berkelajuan tinggi pada hujung tahun ini.

Beliau berkata demikian selepas lima daripada enam syarikat telekomunikasi ternama di Malaysia telah menandatangan Perjanjian Akses (Access Agreement, AA) dengan Digital Nasional Berhad (DNB) baru-baru ini untuk menawarkan rangkaian 5G kepada para pelanggan.

Lima syarikat tersebut adalah Celcom Axiata Sdn Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, U Mobile Sdn Bhd, YTL Communications dan Telekom Malaysia Bhd (TM). Setiap syarikat ini telah mula menawarkan pakej 5G menarik kepada para pelanggan dengan harga berpatutan.

Dalam pada itu, beliau berkata infrastruktur 5G di seluruh negara telah mencapai tahap 33.2 peratus.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version