Site icon TechNave BM

Menteri K-KOMM: Kerajaan akan umum inisiatif baharu untuk perkhidmatan jalur lebar

Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Tan Sri Annuar Musa berkata kerajaan akan melancarkan inisiatif-inisiatif baharu dalam masa terdekat untuk terus memperbaiki perkhidmatan jalur lebar negara.

Dalam sebuah kiriman di media sosial, beliau berkongsi lawatannya ke pejabat Digital Nasional Berhad (DNB) untuk mendapat taklimat status terkini berkenaan pelaksanaan rangkaian 5G kebangsaan dan memastikan bahawa semua pelaksanaannya mengikut jadual.

DNB ialah syarikat tujuan khas yang ditubuhkan pada Mac 2021 untuk pembinaan infrastruktur 5G negara serta dimiliki oleh Kementerian Kewangan dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version