Site icon TechNave BM

Menteri K-KOMM: Kerajaan mungkin akan ubah akta sedia ada untuk denda penyalah guna media sosial

Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), Tan Sri Annuar Musa, hari ini berkata kementeriannya sedang membuat penelitian bagi menambah baik akta sedia ada supaya tindakan boleh diambil terhadap mereka yang menyalahgunakan media sosial.

Akta yang dikaitkan termasuklah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Beliau berkata bahawa jika dilihat daripada satu sudut, akta sedia ada sudah memadai, namun apabila sesebuah kandungan dimuat naik daripada platform luar negara, undang-undang sedia ada tidak boleh dikuat kuasakan.

Contohnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) tidak mempunyai kuasa untuk menarik sebarang kandungan sensitif yang dimuat naik ke Facebook dan Twitter. Jika mereka ingin berbuat demikian, siasatan awal perlu dibawa ke Jabatan Peguam Negara (AGC) dan mohon kerjasama daripada negara terlibat.

Memandangkan proses itu agak panjang, K-KOMM akan membuat penelitian kepada akta sedia ada jika terdapat ruang yang boleh diperbaiki.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version