Site icon TechNave BM

Menteri K-KOMM: Pelajar berpuas hati dengan gajet PerantiSiswa

Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Tan Sri Annuar Musa berkata para pelajar yang menerima bantuan peranti percuma di bawah Program Perantisiswa Keluarga Malaysia berpuas hati dengan kualiti peranti tersebut.

Sebelum peranti dimuktamadkan untuk program itu, beliau mengatakan K-KOMM telah memilih beberapa peranti cubaan terlebih dahulu dan mengujinya bersama sekumpulan kecil pelajar dari beberapa universiti. Ini adalah supaya para pelajar boleh dapatkan peranti yang paling sesuai dengan keperluan pembelajaran mereka.

Beliau juga berkata K-KOMM komited untuk memastikan semua 200,000 permohonan PerantiSiswa yang telah diluluskan bakal menerima peranti mereka sebelum akhir Oktober ini, bagi memudahkan pelajar.

Sementara itu, lebih 200,000 permohonan yang masih dalam penelitian sekarang akan menerima peranti mereka selewat-lewatnya akhir November, jika permohonan mereka diluluskan. Beliau menetapkan satu KPI (Petunjuk Prestasi Utama) supaya semua pemberian peranti boleh diselesaikan dalam tahun ini.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version