Site icon TechNave BM

Menteri KKD: Malaysia, Singapura pertimbang rundingan meja bulat keselamatan siber setiap tahun

Baru-baru ini, Malaysia dan Singapura telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengenai kerjasama dalam bidang perlindungan data peribadi, keselamatan siber dan ekonomi digital. MoU itu ditandatangani oleh Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan rakan sejawatannya dari Singapura, Josephine Teo.

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) juga mendedahkan bahawa Malaysia dan Singapura mungkin mengadakan rundingan meja bulat mengenai keselamatan siber setiap tahun. Menteri KKD, Fahmi Fadzil berkata kedua-dua negara sedang membincangkan keperluan meja bulat itu bagi meningkatkan keselamatan siber.

Selain itu, kerjasama yang lebih erat antara agensi kedua-dua negara untuk bersama-sama mengatasi masalah keselamatan siber juga akan diterokai. Bercakap mengenai keselamatan siber, Fahmi juga sebelum ini mengumumkan bahawa kerajaan sedang dalam usaha untuk menubuhkan Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia.

Apakah pendapat anda tentang usaha KKD untuk mengukuhkan keselamatan siber di negara kita? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version