Site icon TechNave BM

Menteri Komunikasi dan Multimedia akan beri keutamaan perkhidmatan 5G di Melaka

Baru-baru ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa telah menyatakan bahawa Melaka akan diberi keutamaan untuk perkhidmatan 5G. Ini kerana Melaka merupakan negeri tarikan orang ramai dan pelancongan yang mempunyai ramai pelabur asing.

Selain itu, beliau juga berkata sebelum perkhidmatan 5G dilancarkan, Melaka perlu dilengkapi dengan perkhidmatan 4G yang dipertingkatkan terlebih dahulu melalui program Titik Kehadiran Gentian Optik (PoP). Ini selaras dengan program Rangkaian Digital Nasional (JENDELA) di mana 35 lagi menara akan ditambah untuk menambah baik perkhidmatan.

Dengan program PoP, Annuar berkata ia seharusnya memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pengguna di Melaka termasuk sekolah dan pelbagai industri. Beliau turut meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan syarikat telekomunikasi (telco) memasang ‘booster’ di banyak lokasi sebagai penyelesaian jangka pendek.

Pada masa ini, sambungan 5G masih dalam perbincangan kerajaan dan syarikat telekomunikasi tempatan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Berita Harian

Exit mobile version