Site icon TechNave BM

Menteri Pengangkutan: Pembaharuan lesen memandu melalui MyJPJ mulai 1 Februari ini

Pada Ogos 2023, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook telah mengumumkan bahawa sistem pembayaran dalam talian untuk Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) akan dilancarkan dalam beberapa bulan lagi.

Rakyat Malaysia hanya perlu menunggu sebulan lagi kerana mulai 1 Februari 2024, pemandu Malaysia boleh mengemas kini lesen memandu mereka secara dalam talian melalui aplikasi mudah alih MyJPJ. Proses pembaharuan untuk lesen memandu dan cukai jalan akan dilaksanakan secara berperingkat dengan fasa awal terhad kepada warganegara Malaysia.

Bagi menggalakkan penggunaan lesen memandu elektronik (e-LMM), individu yang memilih kaedah pembaharuan elektronik ini akan menerima diskaun RM5. Insentif diskaun ini boleh ditebus mulai 1 Februari 2024 hingga 31 Disember 2024.

Untuk pengetahuan anda, anda boleh memperbaharui lesen memandu anda secara dalam talian di laman web rasmi JPJ di sini. Anda juga tidak perlu lagi mencetak fizikal lesen memandu dan hanya perlu menunjukkan lesan anda melalui aplikasi MyJPJ jika diminta oleh pihak polis.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version