Mercedes-Benz Malaysia baru-baru ini mengumumkan kerjasamanya dengan DC Handal, sebuah syarikat penyedia infrastruktur kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, untuk melancarkan hab pengecasan EV terbaharu di Bamboo Hills, Kuala Lumpur. Ia merupakan mercu tanda baharu daripada Mercedes untuk membuktikan komitmennya terhadap pembangunan infrastruktur EV negara.
Stesen pengecasan ini dibina bersama salah satu pengedar Mercedes di Malaysia iaitu Hap Seng Star. Ini merupakan stesen pengecasan EV keenam oleh Mercedes yang dibangunkan dalam Malaysia.
Sebelum ini, Mercedes telah bekerjasama dengan JomCharge, ChargeEV, Gentari dan P.UP untuk membangunkan stesen pengecasan EV di tempat lain. Syarikat itu merancang untuk menambah lokasi stesen pengecasan EV di seluruh negara sepanjang tahun ini.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk mengecas EV di stesen pengecasan Mercedes ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

