Site icon TechNave BM

Mercedes-Benz memperkenalkan kereta elektrik Concept CLA, jarak pemanduan sehingga 750KM

Mercedes-Benz sedang menukar landskapnya daripada kereta menggunakan bahan api konvensional kepada kenderaan elektrik. Kini, syarikat tersebut telah memperkenalkan kereta elektrik CLA Class Concept yang dikatakan bakal dilancarkan pada masa akan datang.

Pada dasarnya, CLA Concept meminjam ciri daripada Vision EQXX yang menawarkan kecekapan yang dipertingkatkan tetapi dalam pakej yang menjanjikan mesra bajet dan bersedia untuk pengeluaran besar-besaran. Untuk pengetahuan, model CLA merupakan antara model yang paling murah dalam barisan Mercedes-Benz. 

CLA Concept bukan sahaja menawarkan harga yang boleh diakses, tetapi memiliki unjuran jarak lebih 400 batu dengan sekali pengecasan. Kereta ini juga memperkenalkan seni bina perisian baru bertujuan untuk menawarkan keupayaan pemanduan autonomi tahap tiga. 

Kesimpulannya, CLA Concept menawarkan pandangan yang menarik tentang masa depan Mercedes-Benz dalam kenderaan elektrik. Ia menggabungkan julat ketahanan bateri yang panjang dengan tanda harga kelas CLA. 

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Mercedes-Benz

Exit mobile version