Site icon TechNave BM

Mereka yang berada dalam kawasan PKP tidak perlukan surat polis untuk ambil suntikan vaksin

Pada hari ini, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata enam daerah Selangor iaitu Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang akan berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 6 Mei sehingga 17 Mei.

Memandangkan kempen pemvaksinan pertama untuk vaksin AstraZeneca dilakukan dalam negeri Selangor dan wilayah Kuala Lumpur sepanjang tempoh tersebut, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin menjelaskan bahawa mereka yang menetap dalam kawasan PKP dan mempunyai temu janji untuk mendapatkan vaksin boleh pergi ke pusat pemberian vaksin (PPV) tanpa sebarang surat polis.

Mereka yang sudah membuat temu janji dibenarkan untuk merentas daerah dan mendapatkan suntikan vaksin tersebut. Beliau menasihatkan rakyat agar menunjukkan butiran temu janji yang terdapat dalam aplikasi MySejahtera, laman web atau SMS kepada pihak berkuasa di sempadan daerah.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version