Site icon TechNave BM

Mesin tiket di stesen Rapid KL tidak akan berfungsi sepanjang tempoh perjalanan percuma

Pada minggu lalu, kerajaan telah mengumumkan bahawa semua pengangkutan awam di bawah RapidKL boleh digunakan secara percuma selama sebulan, sempena pembukaan rasmi laluan tren MRT 2.

Kini pihak Rapid KL ingin mengingatkan para penumpang bahawa sepanjang tempoh sebulan ini, mesin penjualan tiket (TVM) tidak akan beroperasi. Penumpang hanya perlu mengimbas kad Touch ‘n Go di palang tiket untuk memasuki stesen, namun tiada cas akan dikenakan.

Jika anda tidak mempunyai kad Touch ‘n Go, anda juga boleh menggunakan kad identiti MyKad untuk pengimbasa di palang tiket. Jika anda tidak membawa MyKad, anda boleh hadir ke kaunter stesen untuk mengambil token.

Adakah anda akan menggunakan lebih banyak pengangkutan awam sepanjang tempoh ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version