Site icon TechNave BM

Messenger tidak membenarkan pengguna mendaftar tanpa akaun Facebook

Rata-rata netizen yang menggunakan laman sosial media Facebook pasti sudah biasa menggunakan Messenger tanpa log masuk ke akaun Facebook. Terdapat cara lain untuk menggunakan Facebook Messenger seperti mendaftar atau log masuk menggunakan nombor telefon.

Terkini, engadget menyatakan bahawa terdapat satu perkongsian artikel di bahagian Help Center. Perkongsian ini menyatakan tentang pengguna yang perlu membuat akaun Facebook untuk menggunakan Messenger.

Apa pun, usah bimbang kerana hal ini cuma ditujukan untuk sesiapa yang baru menggunakan Messenger tanpa akaun Facebook. Pengguna yang telah mendaftar Messenger tanpa akaun Facebook sebelum ini tidak akan terkesan. Jika ada sebarang masalah, anda boleh menghubungi bantuan Help Center Messenger di Facebook.

Adakah anda kerap menggunakan Messenger? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: engadget | Help Center

Exit mobile version