Site icon TechNave BM

Meta batalkan rancangan untuk bersaing dengan Apple Vision Pro

Meta didakwa telah menghentikan proses penghasilan set kepala realiti campuran untuk bersaing dengan Apple Vision Pro yang menggunakan nama kod La Jolla. Pembangunan ini bermula pada November tahun lepas dan ia sepatutnya dikeluarkan pada 2027.

Salah satu faktor pembatalan projek ini adalah berkaitan dengan penggunaan paparan MicroOLED yang menjadikannya sangat mahal. Ia bertentangan dengan matlamat awal Meta untuk mengekalkan kos di bawah $1,000 (~RM4,375).

Merujuk kepada berita mengenai pembatalan set kepala La Jolla, wakil daripada Meta iaitu Andrew Bosworth berkata bahawa mereka mempunyai banyak prototaip dalam pembangunan. Namun, itu tidak bermakna Meta perlu mengeluarkan semua prototaip mereka.

Walaupun set kepala mewah mungkin telah dibatalkan, Meta masih mengusahakan Quest yang lebih berpatutan menggunakan nama kod Ventura yang mungkin akan dikeluarkan sebelum akhir tahun ini. Meta juga dijangka mempamerkan cermin mata AR baharu bulan depan manakala Quest 4 akan tiba pada 2026.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Information

Exit mobile version