Site icon TechNave BM

Meta hidupkan semula projek jam tangan pintar, pelancaran dijangka tahun ini

Meta Platforms dilaporkan menghidupkan semula pembangunan jam tangan pintar miliknya dengan sasaran pelancaran sekitar tahun 2026, menurut laporan terkini. Peranti tersebut dikatakan menggunakan nama kod “Malibu 2” dan bakal dilengkapi ciri pemantauan kesihatan serta integrasi pembantu berasaskan kecerdasan buatan (AI) milik Meta.

Projek ini merupakan percubaan kedua selepas pelan jam tangan pintar terdahulu dibatalkan pada 2022 berikutan langkah pengurangan kos dalam bahagian Reality Labs. Sebelum ini, Meta pernah membangunkan prototaip jam pintar dengan ciri unik termasuk penggunaan kamera terbina tetapi dihentikan kerana penstrukturan semula perbelanjaan bagi mengekang kerugian dalam organisasi.

Hasil gambar daripada AI

Kebangkitan semula projek jam tangan pintar berlaku ketika Meta memperluas strategi peranti boleh pakai termasuk kejayaan komersial cermin mata pintar Ray-Ban Meta yang menjadi antara produk yang berjaya. Jam pintar tersebut dijangka menjadi pelengkap kepada ekosistem boleh pakai Meta dan berpotensi disepadukan dengan peranti lain termasuk cermin mata pintar.

Jika direalisasikan, pelancaran ini akan menandakan kemasukan rasmi Meta ke pasaran jam pintar global dan tiba sebagai pesaing langsung kepada Apple, Samsung, Garmin dan Google dalam segmen peranti boleh pakai berasaskan AI serta kesihatan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Information

Exit mobile version