Site icon TechNave BM

Meta tingkatkan kawalan untuk kandungan politik di Instagram dan Thread

Meta yang merupakan pemilik kepada Facebook, Instagram dan Thread telah mengenakan kawalan lebih ketat ke atas hantaran pengguna terutama kandungan politik. Perubahan ini adalah untuk menghormati keutamaan setiap pengguna mengenai sudut pandangan politik masing-masing.

Walaupun sesetengah pengguna mungkin mencari topik semasa berkenaan politik, namun terdapat pengguna lain yang lebih suka untuk mengelak. Ia bukan sahaja tentang menapis perkara yang muncul dalam suapan tetapi juga tentang menawarkan pilihan kepada pengguna untuk terlibat dengan kandungan politik mengikut syarat mereka.

Pengguna boleh mengubah suai tetapan mereka untuk bahagian Explore dan Reels. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada strategi Meta untuk menjauhkan platformnya daripada menjadi tempat perbalahan berita dan politik.

Dasar baharu Meta juga mempunyai implikasi kepada pencipta kandungan terutamanya mereka yang menggunakan platform secara profesional. Hal ini boleh menjejaskan keterlihatan mereka kerana kandungan politik. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Instagram

Exit mobile version