Site icon TechNave BM

Meta umum set kepala VR Quest Pro, tempahan bermula sekarang berharga ~RM7,030

Selepas mengacah set kepala baharu dengan nama kod Project Cambria dan imej tertiris yang muncul dalam talian, Meta secara rasmi telah mengumumkan set kepala realiti maya (VR) Quest Pro. Didedahkan di acara Meta Connect, Quest Pro menampilkan beberapa penambahbaikan berbanding Quest 2 seperti susunan optik baharu yang menggantikan kanta Fresnel.

Meta juga mengesahkan bahawa Quest Pro ialah peranti pertama yang dikuasakan oleh platform Qualcomm Snapdragon XR2+ baharu. Cipset terbaharu ini dioptimumkan untuk realiti maya dengan kuasa 50% lebih daripada Meta Quest 2 dan pelesapan haba yang lebih baik.

Quest Pro didakwa mempunyai 37% lebih piksel per inci dan 10% lebih besar piksel setiap darjah daripada Meta Quest 2. Reka bentuk Quest Pro lebih kecil dan lebih padat berbanding Quest 2. Pengawal yang disertakan dengan Quest Pro dipanggil pengawal Touch pro yang menawarkan sensor terbina dalam pada setiap pengawal.

Ini membolehkan pengguna menjejak kedudukan dalam ruang 3D. Meta berkata pengawal yang direka boleh digunakan pada semua aplikasi VR. Seperti yang telah disahkan oleh Meta pada awal tahun ini, Quest Pro direka untuk kerja dan bukan utuk gaming.

Meta Quest Pro kini tersedia untuk tempahan pada harga $1,499.99 (~RM7,030) dan akan dilancarkan pada 25 Oktober. Ia kini tersedia untuk prapesanan di Amazon. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: IGN

Exit mobile version