Site icon TechNave BM

Meta Verified di Facebook dan Instagram, sedang diuji bermula ~RM53/bulan

Seperti Twitter, Meta kini memperkenalkan perkhidmatan pengesahan berbayar di platform media sosialnya, Facebook dan Instagram. “Meta Verified” ini berharga USD14.99 (~RM66) di laman web dan USD11.99 (~RM53) pada perkhidmatan mudah alih.

Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg mengumumkan perkara tersebut melalui saluran siaran Instagram baharunya. Selain itu, perkhidmatan langganan memberikan pengguna lencana biru, mendapatkan perlindungan penyamaran tambahan terhadap akaun yang mendakwa sebagai mereka dan mendapat akses terus kepada sokongan pelanggan. 

Pengguna perlu memenuhi keperluan aktiviti minimum iaitu berumur 18 tahun ke atas dan menyerahkan ID kerajaan yang sepadan dengan nama dan foto yang mereka ada pada mana-mana platform untuk mendaftar.

Selain itu, pengguna yang mendaftar untuk Meta Verified akan menerima 100 bintang percuma setiap bulan atau mata wang digital untuk memberi tip kepada pencipta di Facebook serta pelekat eksklusif untuk Stories dan Reels. 

Buat masa ini, ciri tersebut masih dalam fasa ujian. Pengguna di Australia dan New Zealand mendapat Meta Verified terlebih dahulu sebelum ia dilancarkan ke lebih banyak negara.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: The Verge

Exit mobile version