Site icon TechNave BM

MG Cyberster RWD rasmi di Malaysia – Roadster EV pertama dengan “scissor doors” bermula RM299,900

MG Motor Malaysia secara rasmi memperkenalkan varian baharu MG Cyberster RWD iaitu sebuah roadster elektrik berprestasi tinggi yang kini ditawarkan pada harga bermula RM299,900. Cyberster RWD dikuasakan oleh motor elektrik pacuan roda belakang yang menjana 340PS dan 475Nm tork yang membolehkan pecutan dari 0 hingga 100km/j hanya dalam 5 saat.

Ia dipadankan dengan bateri 77kWh yang mampu memberikan jarak pemanduan sehingga 508km. Pengecasan pantas DC membolehkan tahap bateri diisi dari 10% hingga 80% dalam masa hanya 38 minit. Daripada segi rekaan, Cyberster tampil dengan badan aerodinamik, gaya ekor Kammback, lampu belakang LED berbentuk anak panah dan pintu elektrik jenis scissor doors.

Bahagian dalamnya pula menampilkan susunan tiga skrin utama iaitu paparan digital 10.25 inci, dua skrin tambahan 7 inci dan skrin sentuh infotainmen bersaiz 7 inci. Kabin bertemakan perlumbaan ini dihiasi dengan kemasan kulit, sisipan Alcantara dan sokongan lumbar yang dipertingkatkan bagi keselesaan maksimum.

Cyberster menampilkan susun atur bateri mendatar ultra nipis yang bukan sahaja memaksimumkan ruang kabin, malah mengekalkan pusat graviti rendah untuk pengendalian yang lebih stabil. Terdapat empat pilihan warna luaran menarik ditawarkan seperti Dynamic Red, Camden Grey, Inca Yellow dan English White dengan padanan dalaman berbeza mengikut warna pilihan.

Bumbung lembut berwarna merah turut ditawarkan sebagai pilihan tambahan pada harga RM2,000 menggantikan warna hitam standard. Setiap pembelian MG Cyberster disertakan dengan pakej komprehensif termasuk:

Orang ramai boleh melihat sendiri model ini melalui jerayawara “Dare to Love” yang akan berlangsung di 1 Utama (Old Wing), Centre Court, dari 9 hingga 13 Julai 2025, bermula 10 pagi hingga 10 malam. Pelanggan yang membuat tempahan semasa acara ini akan menerima hadiah eksklusif termasuk pengecas percuma, model diecast edisi terhad dan langganan pengecasan tanpa had selama setahun.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan EV sukan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version