MG Motor Malaysia mengumumkan tawaran eksklusif sempena kempen ‘MG Raya Lebih Gaya’ yang memberikan penjimatan hebat dan naik taraf tempat duduk premium kepada pelanggan. Sedan segmen B, MG5 kini boleh dimiliki dengan rebat tunai RM10,000 dan ansuran serendah RM860 sebulan. Tawaran sah sehingga 31 Mac 2025.
Bagi peminat kenderaan elektrik, MG menawarkan ansuran percuma sehingga 20 bulan untuk model MG ZS EV, MG4 EV Lux dan MG4 EV Standard dengan nilai penjimatan masing-masing RM26,000, RM16,000 dan RM8,500.
Tambahan, pemilik baharu dan sedia ada MG4 Standard boleh menaik taraf tempat duduk mereka kepada Leatherette dengan kemasan Suede pada harga istimewa RM1,600. SUV MG HS turut menerima rebat sebanyak RM5,000 yang menawarkan gabungan keselesaan, prestasi dan teknologi canggih.
Selain itu, setiap pembelian MG dalam tempoh promosi ini disertakan dengan Blind Box Giveaway. Pengedar sah MG juga akan menganjurkan MG Lebih Gaya Weekend untuk membolehkan pelanggan mencuba model MG serta menikmati tawaran khas ini. Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengunjungi bilik pameran MG terdekat atau lawati laman rasmi MG Malaysia.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi daripada MG Motor Malaysia dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

