Site icon TechNave BM

Mi 11 dan Mi 11 Pro untuk pasaran antarabangsa mungkin akan dilancar secara serentak

Xiaomi telah pun menjadi jenama yang melancarkan telefon pintar pertama dengan cipset Snapdragon 888 iaitu Mi 11 baru-baru ini di China. Selepas Mi 11, Xiaomi dilihat sedang bersiap untuk Mi 11 Pro pula yang akan dilancar pada Februari 2021. Kini terdapat berita bahawa pelancaran Mi 11 Pro juga akan diadakan serentak dengan pelancaran Mi 11 untuk pasaran antarabangsa.

Xiaomi telah memuat naik sebuah poster di Weibo mengatakan siri Mi 11 akan dilancarkan dalam masa terdekat. Memandangkan perkataan series (siri) digunakan, ia mungkin merujuk kepada kedua-dua Mi 11 dan Mi 11 Pro. Walau bagaimanapun, Xiaomi tidak memberikan tarikh spesifik untuk pelancaran dua peranti tersebut.

Setakat ini Mi 11 Pro dikhabarkan akan dilengkapi bonggol kamera yang sangat berlainan daripada Mi 11. Spesifikasi untuk Mi 11 yang dilancar pada akhir tahun lalu termasuklah skrin AMOLED 6.81 inci 120Hz, bateri 4,600mAh, pengecasan pantas 55W dan kamera 108MP+13MP+5MP.

Terdapat kemungkinan bahawa Mi 11 Pro akan dilancarkan dalam Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2021 pada 11-14 Januari. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version